Nota Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan

Nota Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan

Panggilan untuk peperiksaan online Latihan Separa Perubatan sudah pun diumumkan, sekali lagi nota pengetahuan am latihan Separa Perubatan diperlukan. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), soalan-soalan yang bakal ditanya meliputi seksyen Pengetahuan Am.

 

nota-pengetahuan-am-latihan-separa-perubatan
Separa Perubatan mendapat permintaan tinggi dari calon-calon lepasan SPM.

 

Ianya termasuklah aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am Malaysia dan isu semasa. Memandangkan tidak banyak sumber maklumat yang boleh dijadikan rujukan, saya berusaha sebaik mungkin untuk menulis nota Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan.

1. Kesihatan umum. Anda perlu mengetahui aspek-aspek kesihatan umum yang berkaitan dengan semua peringkat umur iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua.

2. Sains. Saya percaya anda masih ingat subjek ini semasa menduduki peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Rujuk kepada mana-mana kertas soalan latihan sebagai persediaan.

3. Sosial dan budaya. Ia merujuk kepada Malaysia. Perhatikan corak kehidupan masyarakat anda yang terdiri daripada masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya.

4. Pengetahuan am Malaysia. Tajuk ini mempunyai ruang yang amat besar untuk dikaji. Sebagai langkah alternatif, anda boleh rujuk nota-nota subjek Sejarah di peringkat PMR dan SPM. Selain itu anda perlu tahu mengenai pentadbiran Malaysia termasuklah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta barisan kabinet. Ambil tahu mengenai institusi Raja di Malaysia. Selain itu, anda perlu mengulangkaji Kementerian-kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, rancangan pembangunan di Malaysia termasuklah belanjawan negara.

5. Isu semasa. Ambil tahu isu-isu semasa mengenai politik, agama, hiburan, sukan, dunia dan kesihatan semasa. Baca akhbar harian, tonton berita perdana di televisyen dan majalah-majalah akademik untuk mendapatkan sumber.

 

Borang Daftar Ebook Percuma

 

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

 

Mohon anda SHARE artikel ini di laman sosial Twitter dan Facebook kerana ramai lagi sahabat anda masih belum membaca artikel ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!